Saturday 6 September 2008

Bab Tabiat Orang Munafik

Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas

Read more...

Bab Perintah Memerangi Manusia Sehingga Mereka Mengucap Dua Kalimah Syahadat.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w wafat, Sayidina Abu Bakar r.a terus memegang teraju pemerintahan sebagaimana yang diamanahkan oleh baginda s.a.w. Keadaan ini menyebabkan beberapa kelompok masyarakat Arab bertukar kembali menjadi kafir. Sayidina Umar r.a bertanya Sayidina Abu Bakar: Bagaimana kamu akan memerangi manusia sedangkan Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku diarahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka mengucapkan Dua Kalimah Syahadat. Sesiapa yang mengucapkannya bererti dia dan hartanya bebas daripada aku kecuali apa yang dibenarkan oleh syariat dan segala-galanya terserahlah kepada Allah s.w.t untuk menentukannya. Abu Bakar menjawab: Demi Allah aku akan memerangi mereka yang membezakan antara sembahyang dan zakat kerana zakat merupakan tuntutan terhadap harta. Demi Allah, andai-kata mereka enggan membayar zakat tersebut sedangkan mereka pernah membayarnya kepada Rasulullah s.a.w, aku tetap akan memerangi mereka

Read more...

Ahli UMNO perlu hapus politik wang

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Semua ahli UMNO diminta memberi kerjasama kepada Lembaga Disiplin dalam menangani masalah politik wang terutama pada mesyuarat cawangan yang sedang berlangsung.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, tanpa kerjasama daripada semua ahli, adalah sukar bagi UMNO untuk membanteras politik wang.

Menurut beliau, setakat ini, pihaknya hanya menerima banyak aduan pelanggaran tataetika mengenai rasuah politik tetapi gagal membuktikannya.
''Amalan buruk ini amat memalukan dan perlu dihentikan segera kerana ia boleh merosakkan demokrasi dalam parti.

''Hanya dengan kerjasama daripada semua ahli dapat membuktikan mereka yang mengamalkan rasuah politik dapat diheret ke muka pengadilan,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, adalah sukar bagi Lembaga Disiplin untuk mengambil tindakan jika tidak mempunyai bukti kukuh.

''Sukar bagi kita hendak menghukum sesiapa jika berdasarkan aduan semata-mata dan tidak dikemukakan dengan bukti-bukti sahih wujudnya rasuah politik,'' katanya.
Beliau turut meminta mereka yang bertanding jawatan utama di peringkat bahagian tidak menggunakan wang ringgit bagi meraih sokongan.

Read more...

Najib antara 9 ketua UMNO bahagian di Pahang kekal

KUANTAN 4 Sept. - Sembilan daripada 14 ketua UMNO bahagian di negeri ini menang tanpa bertanding dengan dua daripadanya adalah muka baru.

Mereka ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan); Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob (Bentong); Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob (Bera) dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis.

Turut menang ialah tiga Exco kerajaan negeri iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak (Maran); Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Datuk Wan Adnan Wan Mamat (Kuantan) dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail (Cameron Highlands).

Dua muka baru yang turut menang ialah Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi Maklumat dan Inovasi Pahang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin (Temerloh) dan Ismail Mohamed Said (Kuala Krau).

Mereka sebelum ini ialah timbalan ketua bahagian masing-masing.
Sementara itu, lima bahagian lagi menyaksikan pertandingan satu lawan satu iaitu Jerantut, Raub, Lipis, Paya Besar dan Indera Mahkota.

Di Jerantut, penyandang yang juga Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar akan dicabar bekas Exco merangkap Timbalan Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail.

Jawatan Ketua UMNO Bahagian Raub pula menyaksikan pertandingan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong yang juga penyandang, Datuk Shahiruddin Ab. Moin dengan timbalannya, Datuk Mustafa Kamal.

Di Paya Besar, pertembungan adalah antara dua pemimpin UMNO iaitu bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman dengan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail.

Bagi bahagian Lipis, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Perumahan dan Pengangkutan negeri yang juga penyandang kerusi, Datuk Mohd. Soffi Abdul Razak dicabar timbalannya, Abd Rahman Mohd.

Sementara itu, Datuk Faisal Abdullah yang mempertahankan jawatan Ketua UMNO Indera Mahkota bakal ditentang naib ketuanya, Azmi Yusof.

Read more...

Kisah Anwar: Dari sudut keadilan


Dilulus terbit pada Sunday, July 20 @ 15:01:43 MYT oleh SongkokPutih Oleh melayu08"PAS dan DAP pernah membongkar rahsia anwar

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Karpal Singh dan Mat Sabu, Naib Presiden PAS sekarang adalah merupakan orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 semasa DAP mengadakan Konvensyen mereka di Kuala Lumpur.

Karpal Singh telah menegaskan di hadapan ahli-ahli DAP di konvesyen itu dan mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk. Dia turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir mengambil tindakan ke atas Anwar kerana salahlaku seksnya dan membicarakan Anwar.

Pendedahan salahlaku Anwar oleh Karpal Singh berlaku 5 bulan sebelum salahlaku seks Anwar didedahkan kepada umum oleh Dr Mahathir.

Pelik tetapi benar, apabila dua orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah orang pertama yang membuat tuduhan terhadap Anwar dan hari ini mereka amat menyanjungi Anwar. Tentu sukar untuk mempercayai bahawa orang yang sama membuat dakwaan pertama tentang salahlaku Anwar ialah orang yang sama turut menjadi sebahagian daripada pasukan peguambela Anwar dalam kes tersebut. Tetapi kenapa Karpal Singh yang pernah menuduh Anwar dengan tuduhan tersebut, bertindak menjadi peguambela bagi kes yang sama? Tidakkah ini kelihatan seperti “ada udang di sebalik batu “? Lebih menghairankan lagi apabila Anwar sendiri rela diwakili oleh Karpal Singh yang pernah menuduhnya melakukan salahlaku seks. Atau adakah disebabkan dendam Karpal Singh terhadap Tun Dr. Mahathir pada masa itu?

Penulis berpendapat Anwar bersetuju menerima Karpal sebagai sebahagian pasukan peguambelanya kerana beliau tidak perlu malu dan segan untuk dia meluahkan segala rahsia seksnya kerana yakin Karpal sendiri sudah mempunyai maklumat yang sama apabila membuat dakwaan sebelum ini. Jadi Anwar tidak perlu berselindung dengan Karpal dan memudahkan Karpal Singh mengatur strategi untuk membela Anwar dalam perbicaraan nanti. Pada masa itu, Karpal Singh mengambil peluang ini untuk menawarkan khidmatnya sebagai peguambela Anwar. Karpal sedar bahawa Anwar akan terpaksa mendedah segala maklumat penting bagi membolehkannya membela Anwar.

Jadi, boleh disimpulkan bahawa setiap sejarah hidup, perilaku dan tindakan yang pernah diambil oleh Anwar sudah berada di tangannya. Karpal juga mengambil kesempatan untuk menjadi popular apabila membuat tuduhan bahawa ada konsipirasi untuk membunuh Anwar menggunakan asernik dan sebagainya. Hakikat sebenarnya tuduhan konspirasi ini tidak pernah wujud kerana apabila diperiksa oleh pihak doktor tiada sebarang sisa arsenik dalam tubuh badan Anwar. Malah jika benar dakwaan Wan Azizah bahawa Anwar disuntik oleh virus HIV, penulis yakin Anwar sudahpun meninggal dunia hari ini kerana penyakit AIDS. Tidakkah Anwar sudah masuk ke perangkap Karpal Singh sehingga beliau bebas melakukan segala bentuk konspirasi selepas ini? Tidakkah Anwar telah dicucuk hidung dan bakal diheret kemana-mana oleh DAP.

Kenapakah sekarang DAP dan Karpal Singh setuju sebulat suara untuk melantik Anwar sebagai PM sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan Kerajaan Pusat. Alasannya cukup mudah dan hebat!. Semasa menjadi peguambela Anwar, Karpal telah berjaya mengumpulkan banyak bukti hasil pengakuan Anwar sendiri dalam usaha untuk membebaskan dirinya daripada tuduhan salahlaku seks. Penulis yakin Karpal Singh dan DAP masih menyimpan bukti-bukti ini bagi mengawal tindakan Anwar apabila dia menjadi PM nanti. Kita tahu bahawa sememangnya terdapat peruntukan undang-undang yang mewajibkan peguam menyimpan rahsia anak guamnya.

DAP dan Karpal Singh mandapat faedah yang besar jika mereka berjaya memastikan Anwar Ibrahim mengikut telunjuk mereka dengan bukti-bukti yang ada pada Karpal. Anwar yang sememangnya gilakan populariti sudah pasti tidak berani untuk melawan kerana bimbang rahsia yang memalukan akan terdedah kepada umum terutama penyokongnya yang setia. Jika ini berlaku, setiap tindakan dan keputusan Anwar tentunya akan memihak kepada Karpal Singh dan DAP. Pada masa itu nanti, orang Melayu hanya mampu melihat tanpa dapat melakukan apa-apa tindakan. Jadi siapa sebenarnya yang melakukan dan mengatur konspirasi, DAP dan Pas ataupun Barisan Nasional?

Nasihat kepada Anwar Ibrahim supaya jangan pandai membuat tuduhan melulu kepada kerajaan. Belajarlah dari pengalaman yang lepas siapa yang sebenarnya melakukan konspirasi terhadap anda. Ingat satu jari anda menuding kepada orang lain, empat jari menuding kepada anda kembali. Tidak hairanlah kalau Karpal Singh menyokong kecaman Amerika terhadap Malaysia untuk menunjukkan sokongannya terhadap Anwar sebagai membalas sokongan Anwar mempertahankannya dalam kes biadapnya terhadap Sultan Perak. Anuar dan Karpal Singh ibarat lagu dan irama yang tak dapat dipisahkan. Jika kes liwat terbaru ini naik ke mahkamah, adakah Anuar akan melantik Karpal Singh sebagai peguambelanya.rakyat dari parti pembangkang harus berfikir secara mendalam dan tidak haru terlibat dlm percaturan politik anwar yg kotor ini. jika sebelum kes 1998 iatu pada julai 1998 dan sebelumnya mat sabu sendiri tela menegeluarkan sendiri kenyatan yg betapa bahayanya anwar kepada negara kenapa sekarang PAS membuat u turn. demi agama Islm yg diperjuangkan PAS seharusnya PAS adil dan bertindak mengikut lunas islam. jangan kerana utk berkuasa PAS sanggup bersengkokol dgn seseutu yg terang-terang bertentang dgn ajaran islam. pengkhiatan terhadap jaran islm adalah satu dosa besar. dlm hal ini saya yakin yg PAS lebih arif kerana mereka dibarisi oleh ustaz-ustaz yg berwibawa. jika sebelum kes 1998 PAS percaya dan turut terpegun dlm ceramah Mat sabu pabila mat sabu dgn lantangnya memanggil anwar AL- Juburi kenapa apabila melihat rakyat tak percaya PAS pun turut menukar topik dan menyalahkna kerajaan?taib azamuddin sendiri pernah menerima pengakuan sumpah yg pernah dbuat oleh sesorg yg mendakwa pernah diliwat oleh anwa dan mereka merakam pengakuan tersebut. malahan akuan tersebut diedar kepada rakyat. kenapa masa 1998 PAS dan DAP percaya sebelum kes tersebut melatup tapi tiba2 PAS dan DAP membuat pusingan u?sayayakin dgn konsep keadilan media yg diperjuangkan oleh TKO ini dapat menyiarkan artikel saya ini supaya rakyat dpt mendengar dari kedua-pihak dan membuat penilaian. disini saya sertakan link utk sebagai bukti artikel saya ini. supaya saya bertanggungjawab atas artikel ini dan tidak membuat kenyataan tanpa memberi bukti

http://www.angelfire.com/emo/doaanwar/tamadun.html

http://www.youtube.com/watch?v=cId2bRE9c7I

Read more...

Thursday 4 September 2008

Dunia atau Akhirat Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim

SEBAK DAN NESTAPA... BILA PAS BUKAN PILIHAN....


Saya mengikuti pandangan-pandangan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, bekas naib presiden organisasi antarabangsa terkenal Transparency International (TI) melalui forum, diskusi, seminar dan tulisan beliau dalam akhbar dan majalah.


Telah lama saya meminati tulisan dan pandangan beliau dalam memerangi rasuah dan segala bentuk penyalahgunaan kuasa. Saya yakin beliau terdidik dalam peradaban dan etika Barat yang menjelmakan pentadbiran yang bersih dan kerajaan yang berintegriti.


Saya pernah bersembang-sembang dengan beliau di sebuah hotel di Petaling Jaya. Saya amat berminat dengan pandangan yang beliau kemukakan. Dalam perbualan itu kami mendapati rumah-rumah mewah dari Damansara hingga ke Shah Alam, kebanyakannya didiami oleh para pegawai polis dan juga bekas pegawainya.


Sedangkan tangga gaji yang dinikmati oleh para pegawai polis di Malaysia tentunya tidak mampu memiliki atau mendiami rumah-rumah mewah di kawasan berkenaan.


Ahli Parlimen Kemaman (1999-2004), pernah membongkar sindiket judi haram di Malaysia dan pendedahan itu tidak pula dinafikan oleh pihak Kementerian Kewangan. Judi berlesen di Malaysia menunjukkan bahawa wang pusingannya di sekitar RM4 bilion hingga RM5 billion setahun, sedangkan judi haram (tidak berlesen) adalah lima kali ganda daripada judi berlesen.


Soalnya, siapakah yang melindungi aktiviti judi haram ini, kalau bukan pegawai penguatkuasa, anggota polis tertentu dan pihak berkuasa kerajaan tempatan serta pegawai-pegawai kerajaan yang tidak beramanah?


Tunku Abdul Aziz merupakan seorang individu yang amat prihatin terhadap amalan rasuah terutama di negara-negara Dunia Ketiga. Indeks rasuah yang paling bersih di rantau Asia Pasifik ialah Singapura (9.5 per 10 ) diikuti oleh New Zealand (9.5) dan Australia (9 ke atas). Indeks rasuah Malaysia pula sekitar 5.3 ke 5.5.


Sementara di negara-negara lain, keadaan adalah lebih parah. Oleh itu, usaha memerangi rasuah dan penyelewengan masih menjadi agenda utama Tunku Abdul Aziz, paling kurang menjadikan negara ini setanding dengan negara maju di Eropah.


Daripada begitu banyak parti di Malaysia, kenapa Tunku Abdul Aziz memilih DAP? Pada hemat saya, setelah lima bulan berlalu, kerajaan yang diketuai DAP mungkin dilihat begitu serius memerangi rasuah dan penyelewengan. Tender terbuka, e-perolehan, penjimatan perbelanjaan Ketua Menteri, Exco dan Adun adalah amalan yang ditekankan oleh KM Pulau Pinang.


Saya sendiri pernah bersama Presiden PAS mengunjungi pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dalam siri kunjung hormat ke negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami dihidangkan dengan makan tengah hari yang saya lihat nilainya kurang dari RM10. Penjimatan kerajaan sebegini rupa merupakan salah satu contoh daripada pelbagai pembaharuan oleh Ketua Menteri dan kerajaan Pulau Pinang.


Saya yakin Tunku Abdul Aziz memilih DAP setelah beliau melihat kesungguhan kerajaan yang diketuai oleh DAP dalam usaha memerangi rasuah. Kita harap kerajaan yang diketuai oleh PAS dapat mengatasi apa yang dibuat oleh kerajaan di Pulau Pinang.


Kita tahu ramai orang seperti Tunku Abdul Aziz akan menyertai PAS jika melihat betapa seriusnya PAS memerangi rasuah dan penyelewengan.


Saya berharap beliau memilih PAS tetapi beliau memilih DAP sebagai wadah perjuangannya. Walau bagaimanapun saya ucapkan syabas dan selamat maju jaya kepada beliau. Diharapkan beliau bukan sahaja berkhidmat untuk DAP tetapi sekali gus kepada seluruh parti-parti dalam Pakatan Rakyat dalam usaha membentuk kerajaan yang bersih.

Read more...

Bab Pemimpin Merupakan Perisai Turut Bersama Memerangi Orang Kafir Dan Zalim Serta Memberi Perlindungan Kepada Orang Orang Islam

Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya seorang imam (pemimpin) itu merupakan pelindung. Dia bersama pengikutnya memerangi orang kafir dan orang zalim serta memberi perlindungan kepada orang-orang Islam. Sekiranya dia menyuruh supaya bertakwa kepada Allah dan berlaku adil maka dia akan mendapat pahala, akan tetapi sekiranya dia menyuruh selain dari yang demikian itu, pasti dia akan menerima akibatnya

Read more...

Bab Wajib Mentaati Pemimpin Dalam Perkara Yang Tidak Maksiat Dan Haram Mentaati Pemimpin Dalam Perkara Maksiat

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda:
Sesiapa yang mentaati aku maka dia telah mentaati Allah dan sesiapa yang derhaka kepada aku maka sesungguhnya dia telah derhaka kepada Allah. Sesiapa yang mentaati pemerintah maka dia telah mentaati aku dan sesiapa yang menderhaka pemerintah maka dia telah derhaka kepada aku

Read more...

Haram Membunuh Orang Kafir Yang Telah Mengucap Kalimah Syahadat Iaitu لَا إِلَهَ إِلَّا ...

Hadis Usamah bin Zaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah mengutuskan kami dalam suatu pasukan. Kami sampai di Al-Huruqat, suatu tempat di daerah Juhainah pada waktu pagi. Aku berjumpa seorang lelaki, lelaki tersebut menyebut لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ lalu aku menikamnya. Aku menceritakan peristiwa itu kepada Rasulullah. Rasulullah bertanya dengan sabdanya: Adakah kamu membunuhnya sedangkan dia telah mengucapkan kalimah syahadat لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ Aku menjawab: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya lelaki itu mengucap demikian kerana takutkan hayunan pedang. Rasulullah bertanya lagi: Sudahkah engkau membelah dadanya sehingga kamu tahu dia benar-benar mengucapkan Kalimah Syahadat atau tidak? Rasulullah mengulangi soalan itu kepadaku menyebabkan aku bercita-cita untuk menyerah diri pada ketika itu juga. Usamah menceritakan lagi, Saad telah berkata: Demi Allah, aku tidak akan membunuh seorang muslim sehinggalah ianya telah dilakukan oleh orang yang mempunyai perut yang kecil, iaitu Usamah. Usamah berkata lagi, seorang lelaki telah bertanya: Tidakkah Allah telah berfirman وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ Yang bermaksud: Dan Perangilah mereka sehingga tiada lagi fitnah serta jadikanlah agama itu semata-mata kerana Allah. Maka Saad menjawab: Sesungguhnya kami memerangi mereka supaya tidak berlaku fitnah, tetapi kamu dan para sahabat kamu memerangi mereka, untuk menimbulkan fitnah

Read more...

Wednesday 3 September 2008

Anwar akan pertahan hak Melayu

Muda Mohd Noor Aug 21, 08 4:11pm

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara tidak akan selamat jika hak orang Melayu tidak dipertahankan.Sehubungan itu, bekas timbalan perdana menteri berkata, beliau akan mempertahankan hak orang Melayu dan tidak akan bertolak ansur mengenai perkara tersebut."Kami berjuang untuk rakyat, kami berjuang untuk orang Melayu dan kaum-kaum yang lain," katanya ketika menyampaikan ceramah di kawasan perumahan Tenggiri di Permatang Pauh, malam tadi.Dalam ceramah tersebut, calon parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau akan membebaskan semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) apabila Pakatan Rakyat memerintah kelak.Katanya, tahanan ISA tidak kira Melayu, Cina dan India akan dibebaskan Pakatan memerintah negara ini.Anwar sekali lagi menegaskan, sebaik sahaja menang pilihanraya Permatang Pauh, PAS dan DAP akan melantik beliau sebagai ketua pembangkang di Parlimen."Sebaik sahaja saya melangkah masuk ke Parlimen, ahli parlimen Sabah dan Sarawak akan melompat ke Pakatan," katanya.Anwar juga mempersoalkan tindakan pemimpin Umno yang secara berterusan mencerca dan mengaibkan beliau dan keluarga sejak 10 tahun lalu.Putar video lama"Mengapa menghina saya, kata saya ejen Yahudi Amerika Syarikat dan Cina. Pita video 10 tahun lalu diputar semula."Salah saya ialah saya hendak menurunkan harga minyak.'Yang mengangkat keris itu siapa? Yang memanggil beruk itu siapa?"Ingat dia menantu perdana menteri, dia menjadi sangat kaya? Dari mana mendapat wang beratus juta ringgit," katanya.Anwar berkata, ada pemimpin Umno yang bertanyakan beliau mengapa mahu berkhidmat kepada pengundi Parlimen Permatang Pauh.Menurutnya, beliau menjawab kerana mahu berkhidmat supaya Malaysia menjadi aman dan menyelamatkan negara ini dari pemimpin yang angkuh, rakus dan sombong."Jika kita menang dalam tempoh tiga bulan, saya akan pulihkan ekonomi negara."Ekonomi sudah merudum dan kerajaan sekarang tiada harapan untuk memulihkannya walaupun tiga empat tahun lagi," katanya.

Kita sama-sama lihat sejauh mana kebenaran Dato Sri Anuar Ibrahim dalam membela nasib orang melayu... Hari ini rata-rata hak orang melayu semakin hilang...

Read more...

..:: MY LIVE ::..

Thoriqat Qodhiriyah IKHWAN Ahli BAI'AH 30
Simpang Tiga

..:: ABOUT TAZKIRAH ::..



Rahsia hidup kita

"DIRI" ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita,kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah.

Kenal kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.

Banyak lagi persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:

Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui

Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana

Dia lah sebaik baik Guru dalam kehidupan kita

Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian,

..:: AWARD FOR FRIEND ::..

..:: TAZKIRAH FOLLOWERS ::..

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP