Sunday 7 September 2008

Anwar tidak ikhlas tarik sokongan

KOTA KINABALU 6 Sept. - UMNO Sabah mempertikaikan keikhlasan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang begitu bersungguh-sungguh menarik sokongan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri ini bagi membentuk kerajaan yang baru.Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Sapawi Ahmad berkata, tindak-tanduk Anwar amat meragukan kerana semasa memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau tidak pun mengambil berat tentang Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, sekarang ini, Anwar seolah-olah telah berubah apabila begitu prihatin terhadap pelbagai isu rakyat di Sabah sedangkan tumpuan dan pembelaan Kerajaan Pusat jauh berbeza berbanding semasa beliau memegang kuasa.

''Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu tidak pun mengambil berat terhadap Sabah dan Sarawak dalam konteks pembangunan.

''Sekarang semasa tidak berkuasa, beliau cuba mendekati pemimpin kedua-dua negeri ini semata-mata mahu memperkukuh agenda politik diri sendiri.

''Kita amat kecewa dengan sikap seperti ini yang jelas mempunyai kepentingan peribadi dan bukan untuk kepentingan rakyat Sabah atau pembangunan bagi negeri ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini bahawa tidak ada Ahli Parlimen BN yang akan meninggalkan parti menjelang 16 September ini untuk menyertai pembangkang dan menubuhkan kerajaan baru.

Anwar sebelum ini telah beberapa kali mendakwa bahawa ramai Ahli Parlimen BN akan menyertai pembangkang bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan baru.
Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang berkata, cara parti pembangkang menyebar berita dan khabar angin mengenai kedudukan Ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak juga tidak bermoral.
''Sepatutnya sebagai pejuang demokrasi, Anwar bukan sekadar melaungkannya tetapi menghayati dan melaksanakan proses demokrasi yang diamal dan dilaksanakan di Malaysia.
''Jika beliau sendiri sanggup membelakangkan demokrasi iaitu keputusan pilihan raya umum lalu yang memberi kemenangan kepada BN, bagaimana kita boleh menerima beliau sebagai pemimpin negara," ujar beliau.

Sapawi berkata, sebagai seorang Ahli Parlimen yang telah diberi amanah dan tanggungjawab oleh pengundi untuk berkhidmat atas tiket UMNO dan BN, ahli-ahli Parlimen tidak boleh bertukar kepada pakatan pembangkang semudah itu.

''Pendirian saya sendiri cukup jelas, kita berpegang pada prinsip, maruah dan harga diri sebagai pemimpin dengan menolak sama sekali perlakuan melompat parti.

''Isu ini sengaja diuar-uarkan sedemikian rupa bagi memecah-belah perpaduan yang ada dalam BN supaya mudah bagi pembangkang menarik sokongan rakyat," tambah beliau.

Read more...

..:: MY LIVE ::..

Thoriqat Qodhiriyah IKHWAN Ahli BAI'AH 30
Simpang Tiga

..:: ABOUT TAZKIRAH ::..



Rahsia hidup kita

"DIRI" ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita,kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah.

Kenal kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.

Banyak lagi persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:

Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui

Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana

Dia lah sebaik baik Guru dalam kehidupan kita

Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian,

..:: AWARD FOR FRIEND ::..

..:: TAZKIRAH FOLLOWERS ::..

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP