Sunday, 5 October 2008

Firman Allah s.w.t maksudnya

”Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut ( mengingati ) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar.” ( al-Ahzab 35 )

Dari Rasulullah s.a.w , “Sesiapa yang mengucapkan ‘Subahanallah hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga.” ( H.R Muslim)


* Akan mendapat keredhaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.

* Akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.

* Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.

* Akan dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.

* Akan segera mendapat pembelaan dari Allah bila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.

* Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.

* Akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak ia berzikir maka semakin banyaklah pohon -pohon tamar itu untuknya.

* Akan mendapat nur ( cahaya ) dari Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti.

* Dapat membina rumah dan juga istana di dalam syurga. Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.

* Dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahannam.

* Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.

* Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.

* Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam hatinya.

* Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.

* Dapat menjauhkan dirinya dari segala jenis ketakutan dan kebimbangan.

* Dapat menghapuskan dosa-dosa kecil serta maksiat kecil .

* Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu dari sifat munafik.

* Bila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya ia telah menyertai majlis yang
dihadiri oleh para malaikat.

* Akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firman-Nya, “ingatlah kamu kepadaKu maka Aku akan mengingatimu”.

Read more...

Rukun Iman ada enam perkara iaitu:

1) Beriman Kepada Allah
Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepada-Nya.Secara positifnya kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah s.w.t.

2) Beriman Kepada Malaikat-Malaikat
Dengan Iman kita mempercayai bahawa adanya makhluk ghaib yang bernama Malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah.Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah dan secara negatif kita menolak segala bentuk ghaib yang tidak dinyatakan Allah.


3) Beriman Kepada Rasul-Rasul
Dengan beriman kepada Rasul-Rasul, kita mempercayai adanya pesuruh-pesuruh Allah di muka bumi ini untuk dijadikan petunjuk dan teladan.

4) Beriman Kepada Kitab-Kitab
Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang memimpin manusia, yang di akhiri oleh Kitab Al-Quran.

5) Beriman Kepada Hari Kiamat
Dengan Iman, kita mempercayai bahawa di sebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau neraka.

6) Beriman Kepada Qada' dan Qadar
Dengan beriman kepada qada’ dan qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaan-Nya.

Read more...

Rukun Islam ada lima perkara iaitu:

1) Mengucap dua kalimah syahadat
“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh-Nya”

Dengan syahadat, kita mengabdikan diri dengan hati dan sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah s.w.t dan Nabi Muhammad adalah pesuruh-Nya.

2) Solat Lima Waktu Sehari Semalam
Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah-Nya. Mulai dari lidah yang membaca, tangan bergerak, mata , telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.

3) Mengeluarkan Zakat
Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian daripada harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.

4) Berpuasa di Bulan Ramadan
Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan larangan-Nya. Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

5) Mengerjakan Haji Di Baitullah
Dengan mengerjakan haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

Read more...

CASH88

KENAPA PILIH CASH88? BAGI YANG BELUM TAHU..SILA BACA...[CASH88 KINI MENJADI SUMBER UTAMA SAYA MENJANA WANG TANPA MODAL]

Memperkenalkan satu program tempatan "KLIK & BACA IKLAN" berbayar. Program ini telah bertapak di Malaysia sejak 2003, namun popularitinya agak perlahan kerana "mindset" orang orang kita yang memang suka KAYA cepat.. Oleh itu SKIM CEPAT KAYA merupakan paling popular. Namun tahun 2005 membuka mata orang-orang kita dengan kehadiran program KLIK dan di bayar dari negara barat. Program-program itu biasanya mengenakan bayaran pendaftaran dan pulangan dibayar melalui PayPal/ cek. Kini CASH88 merupakan pertama di Malaysia yg menyediakan bayaran TUNAI terus ke akaun bank anda. Bayaran dibuat pada setiap awal bulan dan tempoh transasi ke akaun anda memakan masa 7 hari berkerja. Bank yang tersenarai buat masa ini ialah :Affin BankAmbankBank RakyatBCB BankBSNCitibankEon BankHong Leong BankHSBCMaybankOCBC BankPublic BankRHB Bank

CASH88 setakat ini berjaya mendapat 65 sponsor dan iklan-iklan sponsor inilah yang kita perlu KLIK setiap hari(jumlah sponsor akan bertambah dari masa kesemasa). Setakat ini CASH88 telah mendapat sponsor dari semua akhbar tempatan, MAS, Air Asia, Semua bank yang tersenarai di atas, Yahoo, Google, MSN, dan beberapa buah hotel ternama di Malaysia. Setiap kali anda KLIK iklan(samada anda BACA ataupun tidak) akan diberi 20 point.Satu iklan anda hanya boleh KLIK sekali sahaja sehari. Maksudnya, sehari anda akan dapat lebih kurang 1320 point.

Ada unsur RIBA? Tidak sama sekali. RIBA muncul hanya bila anda dijanjikan pendapatan tetap setiap bulan walaupun tanpa berbuat sesuatu..Tapi kami di CASH88 tidak akan membayar anda apa apa pun jika anda tidak RAJIN klik iklan dilaman web kami setiap hari..Macammana CASH88 bayar anda? Setiap sponsor kami akan memberi anda komisyen setiap kali anda membaca iklan mereka kerana anda merupakan pelanggan berpotensi mereka..Ya lah sekurang-kurang anda tahu produk terbaru mereka dan hebahkan pula kepada 10 rakan anda yang lain..Bisnes mereka akan terkenal secara tidak langsung.... Mereka memilih CASH88 untuk pengiklanan mereka kerana papan iklan kami murah(sila rujuk laman web utk harga satu ruang iklan) dan juga kami sudah mempunyai ahli berdaftar seramai lebih 60,000 orang..Dan mereka meluangkan masa 20 minit sehari untuk KLIK iklan di CASH88.

RUGI ke kalau tak sertai? Tak rugi..RUGI ke kalau sertai? Tak rugi tapi UNTUNG!Pendaftaran hanya percuma sahaja, lengkapkan borang pendaftaran, dan anda boleh mula klik setiap hari.. Jangan lupa daftarkan sanak saudara, adik beradik anda sekali kerana POINT yang anda dapat setiap kali anda KLIK iklan hanya boleh ditunaikan kepada RM bila ada 10 orang join dengan anda..

SAYA dah 3 minggu KLIK, tak dapat duit pun?POINT anda hanya akan dipaparkan di laman web anda itu dalam bentuk RM setelah sebulan, anda boleh tukar ke RM setiap hujung bulan..maksudnya seminggu setelah tuntutan dibuat, anda akan dapat duit tu terus ke akaun bank yang anda isikan dlm borang daftar..Dan sebagai mana yang saya nyatakan di atas, anda mesti daftarkan sekurang-kurangnya 10 orang dibawah anda..


Click URL di bawah:-
http://www.cash88.com/pages/confirm.php?refid=sembangketapang

Read more...

..:: MY LIVE ::..

Thoriqat Qodhiriyah IKHWAN Ahli BAI'AH 30
Simpang Tiga

..:: ABOUT TAZKIRAH ::..



Rahsia hidup kita

"DIRI" ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita,kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah.

Kenal kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.

Banyak lagi persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:

Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui

Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana

Dia lah sebaik baik Guru dalam kehidupan kita

Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian,

..:: AWARD FOR FRIEND ::..

..:: TAZKIRAH FOLLOWERS ::..

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP