Sunday, 7 September 2008

Anwar tidak ikhlas tarik sokongan

KOTA KINABALU 6 Sept. - UMNO Sabah mempertikaikan keikhlasan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang begitu bersungguh-sungguh menarik sokongan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri ini bagi membentuk kerajaan yang baru.Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Sapawi Ahmad berkata, tindak-tanduk Anwar amat meragukan kerana semasa memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau tidak pun mengambil berat tentang Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, sekarang ini, Anwar seolah-olah telah berubah apabila begitu prihatin terhadap pelbagai isu rakyat di Sabah sedangkan tumpuan dan pembelaan Kerajaan Pusat jauh berbeza berbanding semasa beliau memegang kuasa.

''Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu tidak pun mengambil berat terhadap Sabah dan Sarawak dalam konteks pembangunan.

''Sekarang semasa tidak berkuasa, beliau cuba mendekati pemimpin kedua-dua negeri ini semata-mata mahu memperkukuh agenda politik diri sendiri.

''Kita amat kecewa dengan sikap seperti ini yang jelas mempunyai kepentingan peribadi dan bukan untuk kepentingan rakyat Sabah atau pembangunan bagi negeri ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini bahawa tidak ada Ahli Parlimen BN yang akan meninggalkan parti menjelang 16 September ini untuk menyertai pembangkang dan menubuhkan kerajaan baru.

Anwar sebelum ini telah beberapa kali mendakwa bahawa ramai Ahli Parlimen BN akan menyertai pembangkang bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan baru.
Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang berkata, cara parti pembangkang menyebar berita dan khabar angin mengenai kedudukan Ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak juga tidak bermoral.
''Sepatutnya sebagai pejuang demokrasi, Anwar bukan sekadar melaungkannya tetapi menghayati dan melaksanakan proses demokrasi yang diamal dan dilaksanakan di Malaysia.
''Jika beliau sendiri sanggup membelakangkan demokrasi iaitu keputusan pilihan raya umum lalu yang memberi kemenangan kepada BN, bagaimana kita boleh menerima beliau sebagai pemimpin negara," ujar beliau.

Sapawi berkata, sebagai seorang Ahli Parlimen yang telah diberi amanah dan tanggungjawab oleh pengundi untuk berkhidmat atas tiket UMNO dan BN, ahli-ahli Parlimen tidak boleh bertukar kepada pakatan pembangkang semudah itu.

''Pendirian saya sendiri cukup jelas, kita berpegang pada prinsip, maruah dan harga diri sebagai pemimpin dengan menolak sama sekali perlakuan melompat parti.

''Isu ini sengaja diuar-uarkan sedemikian rupa bagi memecah-belah perpaduan yang ada dalam BN supaya mudah bagi pembangkang menarik sokongan rakyat," tambah beliau.

Read more...

Saturday, 6 September 2008

Bab Tabiat Orang Munafik

Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas

Read more...

Bab Perintah Memerangi Manusia Sehingga Mereka Mengucap Dua Kalimah Syahadat.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w wafat, Sayidina Abu Bakar r.a terus memegang teraju pemerintahan sebagaimana yang diamanahkan oleh baginda s.a.w. Keadaan ini menyebabkan beberapa kelompok masyarakat Arab bertukar kembali menjadi kafir. Sayidina Umar r.a bertanya Sayidina Abu Bakar: Bagaimana kamu akan memerangi manusia sedangkan Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku diarahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka mengucapkan Dua Kalimah Syahadat. Sesiapa yang mengucapkannya bererti dia dan hartanya bebas daripada aku kecuali apa yang dibenarkan oleh syariat dan segala-galanya terserahlah kepada Allah s.w.t untuk menentukannya. Abu Bakar menjawab: Demi Allah aku akan memerangi mereka yang membezakan antara sembahyang dan zakat kerana zakat merupakan tuntutan terhadap harta. Demi Allah, andai-kata mereka enggan membayar zakat tersebut sedangkan mereka pernah membayarnya kepada Rasulullah s.a.w, aku tetap akan memerangi mereka

Read more...

Ahli UMNO perlu hapus politik wang

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Semua ahli UMNO diminta memberi kerjasama kepada Lembaga Disiplin dalam menangani masalah politik wang terutama pada mesyuarat cawangan yang sedang berlangsung.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, tanpa kerjasama daripada semua ahli, adalah sukar bagi UMNO untuk membanteras politik wang.

Menurut beliau, setakat ini, pihaknya hanya menerima banyak aduan pelanggaran tataetika mengenai rasuah politik tetapi gagal membuktikannya.
''Amalan buruk ini amat memalukan dan perlu dihentikan segera kerana ia boleh merosakkan demokrasi dalam parti.

''Hanya dengan kerjasama daripada semua ahli dapat membuktikan mereka yang mengamalkan rasuah politik dapat diheret ke muka pengadilan,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, adalah sukar bagi Lembaga Disiplin untuk mengambil tindakan jika tidak mempunyai bukti kukuh.

''Sukar bagi kita hendak menghukum sesiapa jika berdasarkan aduan semata-mata dan tidak dikemukakan dengan bukti-bukti sahih wujudnya rasuah politik,'' katanya.
Beliau turut meminta mereka yang bertanding jawatan utama di peringkat bahagian tidak menggunakan wang ringgit bagi meraih sokongan.

Read more...

..:: MY LIVE ::..

Thoriqat Qodhiriyah IKHWAN Ahli BAI'AH 30
Simpang Tiga

..:: ABOUT TAZKIRAH ::..



Rahsia hidup kita

"DIRI" ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita,kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah.

Kenal kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.

Banyak lagi persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:

Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui

Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana

Dia lah sebaik baik Guru dalam kehidupan kita

Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian,

..:: AWARD FOR FRIEND ::..

..:: TAZKIRAH FOLLOWERS ::..

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP