Iman Adalah Mutiara…
Assalammualikumm..w.b.t
Saya mulakan dengan Bissmillahirrahmaanirrahiim..
Iman merupakan asas dan dasar dalam kehidupan seorang muslim. Iman yang benar dan mantap akan mewarnai pola pemikiran, tindakan serta tingkahlaku seseorang bertepatan dengan syariat Allah swt. Iman Islam akan melahirkan syakhsiyah keperibadian Islam dan begitulah sebaliknya. Bila iman menguasai hati seorang muslim nescaya iman juga yang akan menguasi kehidupannya. Semua sikap dan keputusannya akan ditentukan oleh iman jauh melepasi pengaruh persekitaran yang biasanya mencorakkan sikap dan keputusan orang yang jiwanya tidak dikuasai iman.
Sesungguhnya kehidupan Islam tidak ditegakkan oleh nas-nas, kaedah dan kepimpinan semata-mata. Sebaliknya ia akan tertegak melalui usaha orang-orang yang beriman, yang sanggup berkorban untuknya serta berkerja untuk mencapai objektif dan matlamatnya. Perundangan Islam tidak mampu melakukan apa-apa perobahan tanpa kehadiran jiwa-jiwa yang berkobar-kobar dan beribadah melalui perlaksanaan undang-undang tersebut. Inilah yang kita kenali sebagai istiqamah,
"Serta hendaklah kamu beristiqamah sepertimana yang diperintahkan kepada mu" (AsSyura: 15)
Lantaran itu juga Khalifah Umar bin AlKhottob berpesan kepada bala tenteranya agar bertaqwa sebelum pertempuran. Kata Sayidina Umar r.a., "Perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah dosa, sesungguhnya dosa para perajurit lebih ditakuti daripada musuhnya".
Abu Darda' juga pernah berkata,"Wahai manusia, 'amal soleh sebelum peperangan, sesungguhnya kamu berperang menggunakan 'amal-'amal kamu".
Manakala Fudhail bin 'Iyadh pernah berpesan kepada para mujahidin sebelum mereka berangkat ke medan, “Kamu mestilah bertaubat, kerana sesungguhnya ia dapat mempertahankan kamu daripada apa yang tidak mampu dipertahankan oleh pedang".
Hakikat ini menyebabkan Imam Ahmad ibn Hanbal, apabila mendapati orang-orang yang thiqqah dipinggirkan, manakala kalangan yang tidak dikenali, tidak layak dan ahli bid'ah diberi jawatan, beliau berkata, "Sekiranya kamu melihat pada hari ini sesuatu yang adil maka kagumilah".
Apabila hawanafsu mengambil alih peranan iman sebagai neraca maka akan berlaku seperti satu riwayat, “Dikatakan kepada seorang lelakiapa yang logik pada akalnya, apa yang menarik padanya, dan apa yang mengkagumkannya, sedangkan hatinya tidak ada walau sebesar biji sawi pun dari iman".
Keadaan ini menyebabkan tampok pemerintahan jatuh ke tangan para penzalim dan diterajui oleh mereka yang fasiq dan jahil. Pada hari itu katakanlah bahawa dunia telah hancur lantaran orang-orang jahat akan menguasai mereka yang baik.
Marilah kita bersama–sama mempertingkatkan iman dan amal kita agar ia terus segar dan tidak layu di makan masa
1 comments:
risau iman yang naik dan turun. layu dan berkembang...
Post a Comment