ORANG YANG PALING BERANI
Assalammualaikummm w.b.t..
Jom baca kisah taladan... selamat membaca..
Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab Masnadnya dari Muhammad bin Aqil katanya, "Pada suatu hari Ali bin Abi Talib pernah berkhutbah di hadapan kaum Muslimin dan beliau berkata, "Hai kaum Muslimin, siapakah orang yang paling berani ?"
Jawab mereka, "Orang yang paling berani adalah engkau sendiri, hai Amirul Mukminin."
Kata Ali, "Orang yang paling berani bukan aku tapi adalah Abu Bakar. Ketika kami membuatkan Nabi gubuk di medan Badar, kami tanyakan siapakah yang berani menemankan Rasulullah s.a.w dalam gubuk itu dan menjaganya dari serangan kaum Musyrik ? Di saat itu tiada seorang pun yang bersedia melainkan Abu Bakar sendiri. Dan beliau menghunus pedangnya di hadapan Nabi untuk membunuh siapa saja yang mendekati gubuk Nabi s.a.w. Itulah orang yang paling berani."....
"Pada suatu hari juga pernah aku menyaksikan ketika Nabi sedang berjalan kaki di kota Mekah, datanglah orang Musyrik sambil menghalau beliau dan menyakiti beliau dan mereka berkata, "Apakah kamu menjadikan beberapa tuhan menjadi satu tuhan ?" Di saat itu tidak ada seorang pun yang berani mendekat dan membela Nabi selain Abu Bakar. Beliau maju ke depan dan memukul mereka sambil berkata, "Apakah kamu hendak membunuh orang yang bertuhankan Allah ?"
Kemudian sambil mengangkat kain selendangnya beliau mengusap air matanya. Kemudian Ali berkata, "Adakah orang yang beriman dari kaum Firaun yang lebih baik daripada Abu Bakar ?" Semua jamaah diam saja tidak ada yang menjawab. Jawab Ali selanjutnya, "Sesaat dengan Abu Bakar lebih baik daripada orang yang beriman dari kaum Firaun walaupun mereka sepuluh dunia, kerana orang beriman dari kaum Firaun hanya menyembunyikan imannya sedang Abu Bakar menyiarkan imannya."
2 comments:
berani kerana benar
mcm abu bakar.
nice story.
:)
Yup.. betul tu berani kerana benar,
contohnya Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Ketika berlakunya peperangan Badar Rasulullah s.a.w bersabda: Siapakah yang berani menghalang perbuatan Abu Jahal terhadap kita? Maka Ibnu Mas'ud terus pergi mencarinya, setelah itu dia mendapati Abu Jahal telah dibunuh oleh kedua putera Afra' sehingga jatuh tersungkur ke tanah (tetapi masih hidup). Lalu Ibnu Mas'ud mendekati Abu Jahal dan memegang janggutnya sambil berkata: Adakah kamu Abu Jahal? Apakah orang lain yang lebih tinggi kedudukannya membunuhmu atau kaum kamu sendiri? Menurut Abu Mijlaz, ketika itu Abu Jahal berkata: Siapa lagi kalau bukan dua orang anak petani itu yang membunuhku..
Post a Comment