Wednesday 3 September 2008

Anwar akan pertahan hak Melayu

Muda Mohd Noor Aug 21, 08 4:11pm

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara tidak akan selamat jika hak orang Melayu tidak dipertahankan.Sehubungan itu, bekas timbalan perdana menteri berkata, beliau akan mempertahankan hak orang Melayu dan tidak akan bertolak ansur mengenai perkara tersebut."Kami berjuang untuk rakyat, kami berjuang untuk orang Melayu dan kaum-kaum yang lain," katanya ketika menyampaikan ceramah di kawasan perumahan Tenggiri di Permatang Pauh, malam tadi.Dalam ceramah tersebut, calon parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau akan membebaskan semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) apabila Pakatan Rakyat memerintah kelak.Katanya, tahanan ISA tidak kira Melayu, Cina dan India akan dibebaskan Pakatan memerintah negara ini.Anwar sekali lagi menegaskan, sebaik sahaja menang pilihanraya Permatang Pauh, PAS dan DAP akan melantik beliau sebagai ketua pembangkang di Parlimen."Sebaik sahaja saya melangkah masuk ke Parlimen, ahli parlimen Sabah dan Sarawak akan melompat ke Pakatan," katanya.Anwar juga mempersoalkan tindakan pemimpin Umno yang secara berterusan mencerca dan mengaibkan beliau dan keluarga sejak 10 tahun lalu.Putar video lama"Mengapa menghina saya, kata saya ejen Yahudi Amerika Syarikat dan Cina. Pita video 10 tahun lalu diputar semula."Salah saya ialah saya hendak menurunkan harga minyak.'Yang mengangkat keris itu siapa? Yang memanggil beruk itu siapa?"Ingat dia menantu perdana menteri, dia menjadi sangat kaya? Dari mana mendapat wang beratus juta ringgit," katanya.Anwar berkata, ada pemimpin Umno yang bertanyakan beliau mengapa mahu berkhidmat kepada pengundi Parlimen Permatang Pauh.Menurutnya, beliau menjawab kerana mahu berkhidmat supaya Malaysia menjadi aman dan menyelamatkan negara ini dari pemimpin yang angkuh, rakus dan sombong."Jika kita menang dalam tempoh tiga bulan, saya akan pulihkan ekonomi negara."Ekonomi sudah merudum dan kerajaan sekarang tiada harapan untuk memulihkannya walaupun tiga empat tahun lagi," katanya.

Kita sama-sama lihat sejauh mana kebenaran Dato Sri Anuar Ibrahim dalam membela nasib orang melayu... Hari ini rata-rata hak orang melayu semakin hilang...

0 comments:

..:: MY LIVE ::..

Thoriqat Qodhiriyah IKHWAN Ahli BAI'AH 30
Simpang Tiga

..:: ABOUT TAZKIRAH ::..



Rahsia hidup kita

"DIRI" ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita,kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah.

Kenal kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.

Banyak lagi persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:

Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui

Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana

Dia lah sebaik baik Guru dalam kehidupan kita

Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian,

..:: AWARD FOR FRIEND ::..

..:: TAZKIRAH FOLLOWERS ::..

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP