Saturday 27 September 2008

MENGENAL DIRI

Mengenal Diri Sebenar "Diri."

Untuk pengetahuan semua, yang di katakan "Diri" itu sebenarnya mendatang kemudian dari Roh, atau dengan lain perkataan "Diri" ialah perkembangan Roh di dalam jasad.

Ini membawa erti bahawa setelah Roh memasukki jasad, perkembangan nya yang berupa cahaya memenuhi seluruh dalaman jasad, dan ini lah dia "Diri" sebenar "Diri" dan "Diri" ini lah yang harus di kenal, bagaimana kah dia dan terdiri dari apa kah dia.

Perumpamaan yang mudah, ibaratkan satu bulb lampu di dalam bilik, bulb itu Roh dan cahaya yang menerangi bilik itu lah dia "Diri". Dan tentu nya cahaya tadi memenuhi ruang bilik tersebut dan bentuk cahaya itu pasti nya sama dengan bentuk bilik tersebut. Sekira nya ia empat segi nescaya cahaya tadi akan juga membentuk empat segi dan begitu lah sekiranya pada bentuk bentuk yang lain.

Jadi disini faham lah kita bahawa cahaya yang terhasil dari Roh tadi telah berkembang ke seluruh anggota dalam jasad kita hingga ia membentuk rupa dan keadaan yang sama dengan jasad cuma beza nya ialah jasad terdiri dari daging dan tulang dan Diri dari asalnya cahaya Roh. Cahaya ini berupa aliran letrik yang mengaliri di setiap urat dan saraf jasad kasar kita ini.

Untuk mengenalnya kita harus lah lahirkan cahaya diri ini keluar kerana batas nya dengan dunia luar hanyalah kulit kita ini.

Bagaimana harus melahirkan nya dan merasakan akan aliran cahaya itu di setiap bahagian tubuh kita.

Pada dasarnya ada 3 cara ia nya lahir:

1. Terlahir dengan sendirinya, (selalunya pada mereka yang mengamalkan zikir yang berterusan)

2. Mencuba melahirkan nya sendiri

3. Dilahirkan oleh Guru atau mereka mereka yang telah banyak pengalaman.

Melahirkan nya bermakna melahirkan cahaya itu keluar dari dalam jasad kita sendiri dan kita akan dapat merasakan nya, dengan nya akan lahir nya cahaya itu. (Ini perkara benar yang tidak dapat dinafikan oleh mereka mereka yang telah di bukakan Diri mereka itu)

Apabila terbuka Diri sebenar Diri ini maka akan ternyatalah akan rahsia Dia dan dia lah akan kita kemukakan dalam apa juga tindakan dan perbuatan, dia tahu kerana dia datang dari yang Maha Tahu, Dia kuat kerana Dia datang dari yang Maha Kuat, Beriman dengan Iman yang tidak Goyah, dll..

BEBAS TETAPI TIDAK LEPAS
MENGENAL DIRI MENGENAL ALLAH
Untuk memahami dan mendalami Ilmu ini harus lah berguru, dan disini saya menerangkan nya secara kasar sahaja dan tujuan saya iklas untuk memberitahu bahawa ilmu ini ialah salah satu cabang ilmu yang perlu di ketahui dan di kaji untuk memperkuatkan keimanan kita dan juga dapat mengelakkan kita dari terjerumus kedalam kesesatan aqidah dan dapat meletak ALLAH sebagai tempat pengharapan dalam segala tindak tanduk kita. Dan ini lah salah satu jalan untuk mencari keredhaan ALLAH.
Disamping itu kita juga boleh mempergunakan akan kelebihan ilmu yang ada pada diri kita ini untuk bermacam macam tujuan dalam mengharunggi kehidupan di dunia yang penuh dengan ujian dan dugaan ini. Memperkuatkan ketabahan kita dalam hidup ini.
Ia nya mempunyai banyak kelebihan kelebihan dan salah satu dari kelebihan ilmu ini ialah insyaallah dapat menolong orang lain dalam mengatasi masaalah mereka. Terutama dalam bidang Perubatan.

Read more...

Thursday 25 September 2008

MENGENAL DIRI MENGENAL ALLAH



ILMU MENGENAL "DIRI"

PENGENALAN

Kebanyakkan manusia pada hari ini menganggap bahawa "Hidup" itu hanyalah makan, bergerak, mencari kemewahan, bekerja dan lain lain lagi, mereka mengangap bahawa jasad kasar mereka itu hidup dengan sendiri nya yang membolehkan mereka melakukan kerja kerja harian mereka itu, tapi pernah kah mereka terfikir bahawa jasad mereka itu sebenar nya ialah benda mati yang tidak dapat hidup dan bergerak dengan sendiri nya tanpa ada sesuatu yang menghidupkan nya?

Ketahuilah tanpa yang hidup itu jasad tidak ada erti nya. Tetapi benda mati ini lah yang dijaga dan diutamakan orang di dunia ini. Sedangkan semua tahu bila mati kelak, jasad akan busuk dan di tanam atau di bakar. Ini menunjukkan mati ialah bila hidup yang menghidupkan jasad tadi meninggalakan jasad.

Dimanakah letaknya yang di panggil hidup itu? Yang mana dengan adanya yang hidup itu lah jasad kita ini hidup dan sebenarnya ia diam di dalam jasad kita sendiri, dan dia lah yang di panggil "DIRI" sebenar "DIRI" dan menghidupkan jasad kita ini. Tapi pernah kah kita terfikir tentang "DIRI" itu atau cuba mencari dan mengenal nya.

Tentu nya soal yang akan timbul ialah dari mana "DIRI" itu, dimana letaknya "DIRI" itu, terdiri dari apakah "DIRI" itu, dan kemanakah perginya "DIRI" itu apabila jasad mati atau dengan lain perkataan "DIRI" meninggalkan jasad??? dan yang penting sekali bolehkah kita mengenal "DIRI" sebenar "DIRI" kita itu.

BARANG SIAPA MENGENAL "DIRI" NESCAYA KENAL LAH IA AKAN TUHAN NYA

Benarkah bila kita mengenal "DIRI" maka kita akan mengenal Tuhan ??

Kita semua tahu bahawa ujud nya roh! Tak ada sesiapa yang dapat menafikan kenyataan ini, Kerana semasa Tuhan bertanya kepada sekelian Roh " siapa kah Tuhan kamu " dengan sepontan sekelian Roh menjawab " bahkan " yang membawa makna mereka telah pun mengenal Tuhan yang esa.:

Kisah Roh memasukki jasad Adam

Setelah jasad Adam terbaring maka Tuhan telah memerintahkan Roh memasukki ke jasad Adam, tetapi sebelum itu Roh telah bertanya " dimanakah harus aku masukki, ya ALLAH " dan ALLAH pun menjawab " masuk lah mana mana yang kamu senangi " Maka masuk lah Roh melalui hidung dan dengan itu maka bernafaslah kita melalui hidung.

Ini menunjukkan bahawa sesudah Roh memasukki badan, maka barulah bermulanya kehidupan kepada jasad dan terbukti di sini bahawa Roh lah yang dikatakan penghidup kepada jasad, dan mati pada jasad ialah apabila Roh keluar apabila sampai ajal nya.

Jasad kasar kita ini terdiri dari 2 yaitu:

1. Dihidupkan

Apakah maksud dihidupkan dan bahagian mana? Yang dihidupkan ialah Jasad kasar kita ini, ia nya di hidupkan oleh ""Roh"" yang berada di dalam Jasad. "Roh" memasukki jasad semasa kita 100 hari dalam rahim ibu kita. "Aku tiupkan sebagian dari roh ku" kata firman Allah. Sejak itu lah kita hidup di dalam rahim ibu kita dan kemudian di lahirkan kedunia dan terus menjalankan kehidupan dari bayi hingga lah akhir hayat.

2. Menghidupkan

Yang menghidupkan ialah roh, yang datangnya (diciptakan) dari Allah, yang memasuki jasad dan terus hidup, tugas roh ialah menghidupkan jasad tetapi sayang nya jasad tidak langsung terfikir bahawa roh lah yang hidup sebenar benar hidup dan menghidupkan jasad yang bila mana roh meninggalkan nya maka matilah dia di panggil orang dan di tanam atau di bakar.

MATI IALAH APABILA ROH MENINGGALKAN JASAD

Jadi siapakan yang berkepentingan disini, tentunya jasad kerana tanpa roh maka jasad tidak bermaana langsung.

Jasad perlukan roh untuk hidup tapi kenapa roh tidak dipedulikan semasa hidup nya..

Perlukah roh di kenali?

Sebelum mengenal Roh haruslah kita mengenal "DIRI"

"BARANG SIAPA MENGENAL "DIRI" MAKA KENALLAH DIA AKAN TUHAN NYA"

APA KAH "DIRI" ITU"

Untuk pengetahuan semua bahawa "DIRI" itu mendatang kemudian setelah roh memasukki jasad, bagaimana ini berlaku?

Apabila Roh berada di dalam Jasad maka perkembangan cahaya Roh itu yang memenuhi dalaman Jasad keseluruhan nya, ini telah menyebabkan ujudnya "Diri" yang berupa saperti jasad nya memenuhi ruang dalaman jasad nya..

Maka ujudlah "Diri" sebenar "Diri" dan "DIRI" ini lah yang harus di kenal.
(kenal lah diri maka kenal tuhan)

BAGAIMANA MENGENAL "DIRI" SEBENAR "DIRI"

Ada berbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengenal "DIRI" ini, bergantung kepada perguruan dan kaedah guru guru mengajar kepada murid murid nya. Semua perguruan ini betul dan cara apa sekali pun di gunakan, tujuan nya satu ya itu untuk mengenal "DIRI" sebenar "DIRI" .

Untuk mengenal "DIRI" ini ada 3 cara:

1.Terbuka dengan sendiri nya
2.Ushakan sendiri untuk membukanya
3.Dibukakan oleh guru. (guru guru yang berpengalaman)

Apakah yang di maksudkan “dibuka”

Di buka maksudnya ialah membukakan jalan jalan pancaran cahaya "DIRI" itu hingga keluar dari jasad dan terpancarlah cahaya "DIRI" itu keluar dari jasad melalui jalan jalan nya dan dengan rasa yang bergetar getar pada jalan keluar nya, rasa ini dapat dirasakan dengan nyata oleh murid murid yang mempelajari ilmu ini.

Ini lah rahsia hidup kita dan "DIRI" ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita, kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah.

Kenal kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.

Banyak lag persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:

Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui
Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana
Dia lah sebaik baik Guru
Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian


Kesimpulan nya kenali lah "DIRI" kita ini yang dia lah sebenar benar "DIRI" dan kemukakan lah dia dalam segala urusan kita di dunia ini sementara menunggu hari yang kekal abadi, kerana dia kekal kerana di kekalkan.

Ilmu Mengenal "DIRI" ialah satu ilmu pengetahuan yang harus di ketahui oleh semua orang kerana tiap tiap maanusia membawanya di dalam jasad kasar mereka, harus kah penghidup jasad kita ini kita biarkan begitu saja tanpa mengenali dan merasakan nya, hanya semasa maut hampir datang menjemput baru kita sedar yang dia akan meninggalkan kita?????

Read more...

Wednesday 24 September 2008

Sejarah Perjuangan Walisongo



Istilah “Walisongo” berasal dari dua kata, yaitu: “wali” (dari bahasa Arab) artinya yang menolong, yang mencintai; dan “songo” (dari bahasa jawa) artinya sembilan. Jadi “Walisongo” adalah sembilan orang yang menolong atau mencintai. Menolong apakah gerangan? Kesembilan orang ini rupanya tokoh yang paling berjasa dalam penyebaran Islam di Nusantara, khususnya di daerah Jawa.

Adapun kesembilan wali tersebut adalah: Sunan Gresik, Sunan Ampel, Sunan Bonang, Sunan Drajat, Sunan Kudus, Sunan Giri, Sunan Kalijaga, Sunan Muria, dan Sunan Gunung Jati. Mereka semua memiliki keterkaitan, baik hubungan kekeluargaan, persahabatan, atau pula hubungan guru-murid.

Mereka tinggal di pantai utara Jawa dari pertengahan abad ke-13 hingga pertengahan abad 16 di tiga wilayah Pulau Jawa: Surabaya-Gresik-Lamongan (Jawa Timur), Demak-Kudus-Muria (Jawa Tengah), serta Cirebon (Jawa Barat). Meskipun kesembilan wali ini memusatkan pesantren dan dakwahnya di pesisir utara Pulau Jawa, tapi murid dan penerusnya telah membawa Islam ke seluruh penjuru Nusantara.

Walisongo telah banyak berjasa kepada kita yang hidup ratusan tahun sesudah mereka. Atas jasa merekalah kita banyak mengenal Islam. Mereka telah memperkenalkan warisan agama Islam yang cemerlang, mulai dari kesehatan, pertanian, perniagaan, kebudayaan, kesenian, kemasyarakatan, hingga ilmu pemerintahan.

Sejarah perjuangan dan dakwah penyebaran Islam yang dilakukan oleh sembilan wali, atau yang dikenal dengan sebutan Walisongo, di sepanjang pesisir utara Jawa. Mereka telah banyak berjasa dalam memperkenalkan Islam kepada masyarakat Jawa khususnya, dan kepada masyarakat Nusantara pada umumnya.

Banyak sumber dan informasi tentang perjalanan dan kiprah mereka. Sumber-sumber informasi itu acap kali tidak sama dan sedikit simpang siur, terutama menyangkut tahun dan nama-nama. Hal ini tentu disebabkan karena pada masa mereka, pengarsipan dan pendataan masih sangat sederhana. Dan mungkin juga karena hanya berdasarkan cerita lisan semata dan hanya sedikit yang sempat dicatat dalam tulisan.

Termasuk pula kisah-kisah yang berkaitan dengan perjalanan, kiprah, dan peran, serta kesaktian dan kemahiran para wali itu. Nama, anggota, dan bahkan keberadaan sembilan wali itu pun masih ada pula yang memperdebatkannya.

Akan tetapi, hal itu wajar jika mengingat keberadaan mereka yang telah ratusan tahun mendahului kita. Terima kasih layak kita ucapkan kepada mereka yang telah berhasil melacak informasi dan sejarah mereka, lembar demi lembar, buku demi buku, hingga semakin lama, informasi tentang mereka semakin lengkap kita terima.

Buku Walisongo Sembilan Wali Penyebar Islam di Jawa karya M. Faizi yang diterbitkan IndonesiaTera ini juga menyajikan berbagai kiprah perjuangan Walisongo dalam penyebaran agama Islam di pulau Jawa.

Read more...

Kata-kata Hikmah dari Ahli Hikmat:

"Bukanlah diharapkan dari awan mendung yang mendatangi itu sekadar hujan yang melimpahi bumi,tetapi apa yang dikehendaki ialah berbuahnya dari bumi yang gersang."

*Mendung adalah lambang kepada kehadiran Warid Al-IIahiyyah.
*Bumi adalah hati tempat tadahannya.
*Berbuahnya pohon-pohon adalah rezeki maknawi yang kebenaran.

Terkadang ia datang;

Dalam saat-saat yang diperlukan oleh bumi yang sekian lama kering kemarau mendinginkan udara dan menyejukkan bumi yang telah lama panas.

Sesekali ia turun pada musim panas, cukup untuk membersihkan bumi ini dari segala kekotoran.

Adakalanya ia datang merosakkan segala ternakan, hasil pertanian sehingga menenggelamkan kediaman, cukup sebagai satu tanda bencana dan malapetaka.

Dan ada masanya hadirnya ia cukup menggerunkan, ganas dan keras, sehingga mencabut apa yang terpacak dan ianya cukup satu peryataan tentang betapa kuat dan kuasanya ia.

Ia boleh datang dalam pelbagai bentuk dan wajah.

*Terkadang dengan puji-pujian dan kunjungan orang ramai.
*Terkadang dengan caci cela herdikan makhluk-makhluk Allah.
*Terkadang dengan pelbagai nikmat kesenagan zhahir dan batin.

Yang bezanya adalah dari segi bentuk dan wajahnya , namun dari puncanya tetap sama.

Read more...

Tuesday 23 September 2008

SAINS DAN SUFISME BERUSAHA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT YANG SAMA

Kejayaan seorang dalam kehidupannya bergantung kepada betapa banyaknya pengetahuan yang dimilikinya dari alam semesta ini dan penggunaannya yang betul. Lebih luas pengetahuannya, maka lebih banyak peluang baginya untuk berjaya. Ilmu mengenai penciptaan alam semesta tidak akan menyeluruh tanpa pengetahuan yang cukup mengenai Penciptanya serta prinsip dan dasar dimana alam semesta ini dicipta dan ditadbir. Inilah matlamat sains. Begitu juga matlamat Sufisme.


Lebih Sukar Menafi Dari Mengakui Wujudnya Allah.

Terdapat setengah golongan manusia yang tidak berkecenderungan untuk mempercayai wujudnya Allah. Namun mereka tidak dapat menafikanNya pula,kerana kewujudanNya adalah lebih sukar untuk dinafi dari diperakui. Sikap mereka adalah lebih kepada sifat agnostik daripada atheistik. Dengan kata lain mereka tidak memperdulikan daripada menafikan wujudnya Allah. Mereka tidak boleh begitu sahaja menafikan wujudnya Allah, kerana dengan cara demikian mereka telah menafikan wujudnya alam semesta serta diri mereka sendiri. Mahu atau tidak mahu, kita terpaksa mempercayai tentang wujudnya kuasa yang paling tinggi yang mentadbir alam semesta ini.

Untuk membolehkan pengendalian dan pengawalan perjalanan kuasa-kuasa yang bertentangan dalam alam semesta, maka kuasa pengendalian tadi seharusnya lebih kuat dan bijak dalam serba-serbi di dunia ini, kerana kuasa yang lemah tidak berupaya untuk berfungsi dengan betul.

Dengan itu, ianya juga suatu kuasa luarbiasa dengan ertikata ianya lebih tinggi dari segala kuasa dalam alam semulajadi dan tidak terdaya difahami sepenuhnya oleh kuasa yang lemah dan tidak setaraf dengannya. Mereka yang berpura-pura tidak mempercayai Allah adalah bersealiran dengan mereka yang memperakuiNya baik secara sedar atau tidak, dan perbezaan dalam sebutan namaNya tidak mengapa. Secara rela atau tidak rela, meraka bersetuju pada satu hakikat, iaitu tentang wujudnya suatu kuasa luarbiasa dan bijaksana yang mengendali, mentadbir, mengurus dan mengawal seluruh alam semesta.

Dari itu, sekira adanya Pencipta-yang tidak ada syak wasangka lagi-tidak ada pengetahuan mengenai alam semesta yang tinggi nilainya tanpa mempunyai pengetahuan mengenai Pencipta; dan manusia, sebagai makhluk yang tertinggi sekali dalam penciptaanNya, tidak akan dapat menjalani tugasnya dengan sempurna sekiranya tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Penciptanya. Pemisahan dari Yang Maha Kuasa akan mengakibatkan suatu malapetaka. Tiada unit dalam sesuatu institusi, tiada askar di dalam angkatan tentera dan tiada pegawai dalam negeri yang boleh berfungsi tanpa hubungan yang baik dengan kuasa pusat tertinggi. Tanpa hubungan ini kesemuanya akan binasa lalu menjadi kelam-kabut dan kucar-kacir. Agamalah yang memandu kita kearah kebenaran dan mengendalikan hubungan kita dengan Allah. Dan hubungan kita dengan Allah merangkumi hubungan kita dengan segala yang lain di dunia ini.

Adalah satu kesalahan untuk menyatakan bahawa agama adalah merupakan soal peribadi seseorang dan tidak ada hubungan langsung dengan aktiviti sosial, politik dan ekonomi. Hal ini sama sahaja dengan menyatakan bahawa taat setia kepada raja adalah urusan peribadi rakyat dan tidak ada kaitan dengan pencurian, pembunuhan, pemusnahan sebahagian daripada harta kerajaan atau membuat hasutan. Tuhan adalah kuasa yang hidup. Ianya adalah AL HAYYUL QAYYUM dan tiada suatu pun yang terlepas daripada kuasaNya. Sesudah mencipta alam semesta Ianya tidak mengundur diri dalam kelelapan atau tidak berdaya atau hilang minat terhadap penciptaanNya. Ianya tetap berkuasa seperti biasa dan makhlukNya tidak boleh kehilangan pegangan terhadapNya tanpa menjejas kedudukan mereka dalam neraca penciptaan. Untuk mempertahankan perhubungan yang baik dengan Tuhan, seseorang itu harus berkelakuan sewajarnya dalam segala aspek kehidupan. Untuk melaksanakan ini, maka seseorang itu memerlukan agama-iaitu Islam, yang telah wujud semenjak terciptanya manusia. Ianya adalah agama Allah yang sebenarnya sepanjang zaman.

Allah berfirman dalam Quran:

"Satu-satunya agama di sisi Allah adalah Islam".

Semua para nabi adalah Muslim. Umpamanya, Allah berfirman dalam Quran:

"Bukanlah Ibrahim itu seorang Yahudi dan bukan seorang Nasrani; tetapi adalah ia seorang yang jauh dari kesesatan, ia seorang Muslim dan bukanlah pula ia seorang daripada musyrikin". (3:67)

Islam terdiri dari dua bahagian, zahir dan batin . Aspek zahir dikenal sebagai Syariat dan aspek batin sebagai Tariqat.

Syariat juga mempunyai dua bahagian:

i. Ibadat
ii. Muamalat

Ibadat, merangkumi segala yang berhubungan dengan kepercayaan asas dan cara-cara penyembahan kepada Allah.

Muamalat merangkumi segala segi hubungan manusia, termasuk aspek-aspek sosial, ekonomi dan lapangan politik.

Tariqat adalah jalan pembersihan (Tazkiya ) diri dari sudut rohaniah dan menumpu perhatian kepada emansipasi (kebebasan) kerohanian manusia. Oleh kerana jasad dan roh saling menjalini, maka Tariqat tidak boleh berdiri sendiri tanpa Syariat, dan kedua-duanya saling bergantung dan bekerjasama.

Disamping itu terdapat unsur ketiga iaitu Haqiqat yang berhubung dengan realiti (kebenaran) kehidupan dunia kini serta akhirat, termasuk ilmu (Maarifat ) mengenai Ketuhanan dan rahsia dari sifat-sifat dan dhat Allah. Ianya adalah suatu kesedaran-yakni, melalui pandangan sebenar dan pengalaman-dari apa yang anda lihat, rasa dan sedar hasil dari sinaran yang dipancarkan kepada kita oleh kombinasi kedua-dua Syariat dan Tariqat.

Kombinasi Syariat ,Tariqat dan Haqiqat diistilahkan sebagai Tasawwuf atau Sufisme. Ianya adalah sebenarnya suatu sains dan seni untuk mengembangkan fakulti kerohanian dari akal dan cuba memahami sejauh mungkin mengenai Tuhan, Sifat Ketuhanan, Perbuatan Ketuhanan (Af'al ) dan Misteri Ketuhanan. Ianya adalah gabungan teori dan amalan. Ilmu dan amalan silih berganti-ganti di antara satu sama lain. Pengetahuan yang dikehendaki oleh seorang murid baru adalah Syariat yang diatur oleh Nabi (S.A.W.) sendiri dan sesudah wafatnya , maka tugas tersebut diambil-alih oleh pewarisnya yang digelar sebagai Sheikh, Pir atau Mursyid , yang telah dirahmati dengan pengetahuan eksoterik (zahir ) dan esoterik (batin ) dan menikmati kedudukan yang diakui sebagai ahli waris dari Nabi.

Read more...

APAKAH TASAWWUF

Kehebatan manusia, atau kesempurnaan manusia, kalau boleh dianggap sedemikian, amat bergantung kepada perkembangan yang setinggi mungkin daripada kesemua kualiti luaran dan dalaman manusia dan penggunaan yang teratur daripada kualiti-kualiti tersebut.

Setiap sesuatu itu mempunyai dua segi, segi luaran dan segi dalaman. Nilainya tidaklah sangat bergantung kepada luaran, kalau dibandingkan dengan dalaman. Sebuah kotak penuh dengan berlian dan batu permata, adalah sudah pasti lebih berharga dari kotak yang kelihatannya lebih cantik tetapi penuh berisi dengan batubiasa dan habuk. Manusiapun mempunyai dua segi, segi luaran dan segi dalaman. Ianya adalah gabungan antara jasad dan roh. Ianya terdiri dari unsur yang kelihatan dan yang tidak kelihatan yang tergabung dalam dirinya, dan walaupun dalam halnya, yang satu itu sama pentingnya dengan yang satu lagi, sekurang-kurangnya pada peringkat permulaan kemajuaannya.

Ianya terdiri dari unsur yang kelihatan dan yang tidak kelihatan yang tergabung dalam dirinya, dan walaupun, dalam halnya, yang satu itu sama pentingnya dengan yang satu lagi-sekurang-kurangnya pada peringkat permulaan kemajuaannya-kemulian tertingginya mengatasi segala makhluk bergantung lebih kepada kecemerlangan dalamannya, kemampuan intelektualnya, pencapaian spiritualnya dan kerbersihan serta kesinaran rohnya daripada bentuk luarannya serta rupa dan kualiti jasad.

Perkembangan kuasa manusia semata-mata tidak dapat membawa seseorang kepada hasil yang menguntungkan, kecuali kuasa yang sedemikian rupa digunakan dengan baik lagi teratur.Contohnya, keahlian bermain pedang, boleh menjadi satu kecelakaan kalau salah digunakan. Atau jika sains itu disebalik membawa kebaikan kepada manusia, menjadi kuasa untuk menghancurkan, tentu sekali akan hilang segala kebaikannya dan akan menjadi sesuatu yang dikutuk.Demikian juga, kalau kualiti luaran dan dalaman manusia tadi dapat dikembangkan sehingga ke tahap kemahiran tetapi tidak dipergunakan dengan baik, maka ianya tidak akan memberi hasil yang diingini. Hal ini membawa kita untuk meninjau apakah unsur-unsur yang membentuk saluran yang sesuai bagi tamadun manusia dan aktivitinya.

Read more...

Sunday 21 September 2008

Dari Jauh Kupohon Maaf



Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata

Terbayang suasana permai desa
Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara

Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama

Meraikan aidil fitri yang mulia
Restu ayah bonda kuharap selalu

Hingga aku pulang kepadamu
Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh....

Read more...

HADITH TIGA, EMPAT, LIMA DAN ENAM


Hadith Tiga:
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith Empat:
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Hadith Lima:
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith Enam:
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Read more...

HADITH DUA



Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Read more...

HADITH SATU



Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".


Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."


Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Read more...

..:: MY LIVE ::..

Thoriqat Qodhiriyah IKHWAN Ahli BAI'AH 30
Simpang Tiga

..:: ABOUT TAZKIRAH ::..



Rahsia hidup kita

"DIRI" ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita,kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah.

Kenal kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.

Banyak lagi persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:

Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui

Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana

Dia lah sebaik baik Guru dalam kehidupan kita

Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian,

..:: AWARD FOR FRIEND ::..

..:: TAZKIRAH FOLLOWERS ::..

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP