Tuesday 16 September 2008

AS jangan campur tangan

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Dewan Pemuda Pas menolak sebarang campur tangan Amerika Syarikat (AS) berhubung isu penahanan tiga individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Jumaat lalu.

Ketua Pemudanya, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya memandang serius tindakan Jabatan Negara AS memanggil wakil Kedutaan Malaysia di Washington dan menyifatkan ia sebagai campur tangan terbesar ke atas negara.

Beliau berkata, ini kerana isu penahanan ISA berkait rapat dengan soal maruah dan kedaulatan negara dan perlu diselesaikan sendiri oleh rakyat negara ini.

''Memang AS cuba menunjukkan simpati terhadap mangsa ISA tetapi ini tidak bermakna kita boleh membenarkan mereka mencampuri urusan politik dalaman negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jumaat lalu, kerajaan menahan tiga orang di bawah ISA dalam satu operasi polis ke atas beberapa individu yang terbabit mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama.

Mereka ialah Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok; pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 73 (1) akta berkenaan. Bagaimanapun Hoon Cheng dibebaskan di Pulau Pinang keesokan harinya kira-kira pukul 3.30 petang.

0 comments:

..:: MY LIVE ::..

Thoriqat Qodhiriyah IKHWAN Ahli BAI'AH 30
Simpang Tiga

..:: ABOUT TAZKIRAH ::..



Rahsia hidup kita

"DIRI" ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita,kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah.

Kenal kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.

Banyak lagi persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:

Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui

Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana

Dia lah sebaik baik Guru dalam kehidupan kita

Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian,

..:: AWARD FOR FRIEND ::..

..:: TAZKIRAH FOLLOWERS ::..

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP