Saturday 6 September 2008

Najib antara 9 ketua UMNO bahagian di Pahang kekal

KUANTAN 4 Sept. - Sembilan daripada 14 ketua UMNO bahagian di negeri ini menang tanpa bertanding dengan dua daripadanya adalah muka baru.

Mereka ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan); Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob (Bentong); Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob (Bera) dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis.

Turut menang ialah tiga Exco kerajaan negeri iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak (Maran); Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Datuk Wan Adnan Wan Mamat (Kuantan) dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail (Cameron Highlands).

Dua muka baru yang turut menang ialah Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi Maklumat dan Inovasi Pahang, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin (Temerloh) dan Ismail Mohamed Said (Kuala Krau).

Mereka sebelum ini ialah timbalan ketua bahagian masing-masing.
Sementara itu, lima bahagian lagi menyaksikan pertandingan satu lawan satu iaitu Jerantut, Raub, Lipis, Paya Besar dan Indera Mahkota.

Di Jerantut, penyandang yang juga Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar akan dicabar bekas Exco merangkap Timbalan Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail.

Jawatan Ketua UMNO Bahagian Raub pula menyaksikan pertandingan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong yang juga penyandang, Datuk Shahiruddin Ab. Moin dengan timbalannya, Datuk Mustafa Kamal.

Di Paya Besar, pertembungan adalah antara dua pemimpin UMNO iaitu bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman dengan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail.

Bagi bahagian Lipis, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Perumahan dan Pengangkutan negeri yang juga penyandang kerusi, Datuk Mohd. Soffi Abdul Razak dicabar timbalannya, Abd Rahman Mohd.

Sementara itu, Datuk Faisal Abdullah yang mempertahankan jawatan Ketua UMNO Indera Mahkota bakal ditentang naib ketuanya, Azmi Yusof.

0 comments:

..:: MY LIVE ::..

Thoriqat Qodhiriyah IKHWAN Ahli BAI'AH 30
Simpang Tiga

..:: ABOUT TAZKIRAH ::..



Rahsia hidup kita

"DIRI" ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita,kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah.

Kenal kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.

Banyak lagi persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:

Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui

Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana

Dia lah sebaik baik Guru dalam kehidupan kita

Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian,

..:: AWARD FOR FRIEND ::..

..:: TAZKIRAH FOLLOWERS ::..

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP