Sunday 5 October 2008

Firman Allah s.w.t maksudnya

”Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut ( mengingati ) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar.” ( al-Ahzab 35 )

Dari Rasulullah s.a.w , “Sesiapa yang mengucapkan ‘Subahanallah hil’azimi Wabihamdih’ maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga.” ( H.R Muslim)


* Akan mendapat keredhaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.

* Akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.

* Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.

* Akan dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.

* Akan segera mendapat pembelaan dari Allah bila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.

* Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.

* Akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak ia berzikir maka semakin banyaklah pohon -pohon tamar itu untuknya.

* Akan mendapat nur ( cahaya ) dari Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti.

* Dapat membina rumah dan juga istana di dalam syurga. Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.

* Dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahannam.

* Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.

* Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.

* Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam hatinya.

* Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.

* Dapat menjauhkan dirinya dari segala jenis ketakutan dan kebimbangan.

* Dapat menghapuskan dosa-dosa kecil serta maksiat kecil .

* Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu dari sifat munafik.

* Bila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya ia telah menyertai majlis yang
dihadiri oleh para malaikat.

* Akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firman-Nya, “ingatlah kamu kepadaKu maka Aku akan mengingatimu”.

0 comments:

..:: MY LIVE ::..

Thoriqat Qodhiriyah IKHWAN Ahli BAI'AH 30
Simpang Tiga

..:: ABOUT TAZKIRAH ::..



Rahsia hidup kita

"DIRI" ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita,kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah.

Kenal kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.

Banyak lagi persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:

Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui

Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana

Dia lah sebaik baik Guru dalam kehidupan kita

Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian,

..:: AWARD FOR FRIEND ::..

..:: TAZKIRAH FOLLOWERS ::..

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP