Wednesday 8 October 2008

Pedoman

Berikut adalah beberapa sabda Junjungan kita, Rasulullah s.a.w. Muslimin dan muslimat, kajilah, fahamilah intipati sabda berikut buat pedoman kita di dunia yang penuh dugaan ini, mudah-mudahan kita mendapat kerahmatan dan kesejahteraan daripada Allah s.w.t.

Rasullulah s.a.w bersabda :
“ Sedekah itu bermula dengan dirimu, kemudian keluargamu. Jika berlebihan maka untuk kerabatmu dan seterusnya”. ( Sahih. R.Nasaai )

Rasullulah s.a.w bersabda :
“Bertaqwalah kamu kepada Allah dan berlaku adillah dalam ( hal ) anak-anakmu”
( Sahih. R Bukhari & Muslim )

Rasullulah s.a.w bersabda :
“Bertaqwalah kamu kepada Allah, lakukanlah solat lima ( waktu ) mu, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakatmu dengan senang hati, taatilah orang yang memegang urusanmu, engkau akan masuk syurga Tuhanmu”.
( Sahih. R.Tirmidzi, Ibnu Hibban & Haakim )

Rasullulah s.a.w bersabda :
“ Orang yang paling mulia adalah orang yang paling bertaqwa”
( Sahih. R.Bukhari & Muslim )

Rasullulah s.a.w bersabda :
“Ibadat yang paling utama adalah berdoa”
( Sahih R.Haakim, Ibnu’Adi & Sa’d)

Rasullulah s.a.w bersabda :

"Ada tiga tanda orang munafik"

1. Apabila ia berbicara ia dusta,
2. Apabila ia berjanji ia mungkir,
3. Apabila dipercaya ia khianat.
( Sahih R.Bukhari, Muslim & Tirmidzi )

Rasullulah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa dari umatku membaca selawat ke atasku satu kali Allah menetapkan untuknya sepuluh kebaikan, menghapuskan daripadanya sepuluh keburukan, mengangkat untuknya sepuluh darjat”.
( Sahih. R.Ahmad )

0 comments:

..:: MY LIVE ::..

Thoriqat Qodhiriyah IKHWAN Ahli BAI'AH 30
Simpang Tiga

..:: ABOUT TAZKIRAH ::..



Rahsia hidup kita

"DIRI" ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita,kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah.

Kenal kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.

Banyak lagi persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:

Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui

Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana

Dia lah sebaik baik Guru dalam kehidupan kita

Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian,

..:: AWARD FOR FRIEND ::..

..:: TAZKIRAH FOLLOWERS ::..

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP