Friday 24 April 2009

ILMU MENGENAL DIRI



Engkau dan Aku


Kalau engkau hendak menemui aku

Turutilah jalan ku jangan jalanmu

Jalanmu jalan nyata

Jalan ku jalan rasa



Berjalanlah engkau pada jalanmu

Dan aku akan berjalan pula pada jalanku

Ushakan kita sejalan, engkau dan aku

Supaya tercapai yang di tuju



Kalau engkau mengatakan kita sejalan

Engkau harus dapat membuktikan

Bukti yang dimaksudkan

Ialah kesanggupan untuk menurutkan.



Engkau mempunyai keinginan

Aku mempunyai kesanggupan

Engkau di luar aku di dalam

Tempat mu di kiri aku di kanan



Berjalanlah engkau pada jalanmu

Untuk menjumpai aku lebih dahulu

Dalam perjalanan kita bertemu

Engkau dan aku



Aku yang engkau jumpai diperjalanan

Tidak akan engkau perdapat, kalau engkau tak bukar haluan

Kerana disaat itu aku keluar engkau ke dalam

Dan untuk mendapat aku, jalanku yang akan di turutkan



Berjalan pada jalanku

Berarti engkau besertaku

Dengan jalan itu engkau akan dapat mengenal aku

Aku yang selama ini terahsia bagi mu.

9 comments:

Ajeng 24 April 2009 at 13:49  

Waduh,dalem nih mas..
Tapi emang Dia lebih mengenal aku

Unknown 24 April 2009 at 14:56  

betul tu ajeng... kata kata ni dalam sangat.. makin dalam saya selami makin banyak saya tak mergerti... makin kerdil rasanya..
banyak lagi rahsia yg tidak di ketahui..

mrcupin 24 April 2009 at 15:06  

Salam ajeng..
betul tu dalam dan sedalam-dalamnya
saya sendiri masih mencari yg sebanar-benarnya... diri..

Abgbent 25 April 2009 at 13:36  

Syabas saudaraku...

Pastinya aku bersetuju dengan ungkapan-ungkapan ini. Lebih dari seratus peratus kerana disebalik bahasanya yang indah, terselit juga pengertian bahawa untuk Kita mengenal diri, pastilah kenali dahulu PENCIPTAnya agar kelak rahsia-rahsia yang tersembunyi dapat dibongkar satu persatu.

Tetapi, saya yakin rahsia-rahsia itu tidaklah semudah disangka seandainya di dalam perjalanan kita tidak menghala pada-Nya.

Usahakan agar jalan kita menghala ke arah-Nya kelak nanti adalah keajaiban mengenai kekuasaan-Nya termuncul di depan mata.

Salam dari Abgbent

Air Setitik Team 2 June 2009 at 10:20  

Salam nyaman...

Silahkan saudaraku semua mengunjungi kami di http://airsetitik.tk

Wassalam,

Airsetitik Team

Tecwest 2 May 2010 at 21:17  

Firman Allah "Janganlah kau mensyair2kan ayat2 Ku".
Itu hanya syair dan kiasan dalam ilmu tarekat. Indah, tapi tidak memberi jawaban. Cari dan sampai mengetahui yg asal hingga ketahui yg usul. Jangan cari yg awal dan yg akhir, itu bukan kita. Bila sudah kenal yg asal dan yg usul maka baru kenal yg kemudian ititu diri yg dir beri nama ibu dan bapak. Saya hanya buka jalan, mudah2an kita dapat hidayah Allah.

Unknown 21 September 2010 at 07:19  

orang yang tak kenal diri...itulah orang yang tak sedar diri...

Unknown 1 January 2013 at 06:54  

Salam sume,memening lah ayat2 tu,pe n x phm,wt skt pale je bace 2-3 kali. Jgn wat sy keliru n pikir yg bkn2,takut tersimpang jauh lg dr diri sendiri ni. time kasih.

Cibang SatSet 17 October 2020 at 14:52  

Cari guru yg udah ketemu dengan diri sebenar diri mas.

..:: MY LIVE ::..

Thoriqat Qodhiriyah IKHWAN Ahli BAI'AH 30
Simpang Tiga

..:: ABOUT TAZKIRAH ::..



Rahsia hidup kita

"DIRI" ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita,kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah.

Kenal kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.

Banyak lagi persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:

Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui

Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana

Dia lah sebaik baik Guru dalam kehidupan kita

Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian,

..:: AWARD FOR FRIEND ::..

..:: TAZKIRAH FOLLOWERS ::..

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP