Thursday 4 March 2010

Sakitnya mati.

Assalamualaikum..

Sakitnya mati. Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakanamalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sejauh mana pula kita akan meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah diakhirat kelak.

Kesakitan akibat nyawa oleh malaikat maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya:


Pada suatu hari malaikat maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Baginda meminta agar malaikat maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikat sakaratulmaut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikat maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.

Setelah didapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikat maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya" Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah kulakukan terhadap sesiapapun.

Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang telah mati seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata: Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)".

Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya , lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh pun dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi yang sedemikian. Berkata Sam bin Nuh: " Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu namun belumlah hilang sakitnya sakaratulmaut itu."

Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-

Sebelum tidur:

1) Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2) Salawat ke atas Nabi
3) Mambaca tasbih

Amalan harian:

1) Sentiasa mambaca Al-Quran
2) Memelihara solat terutama solat fardu
3) Menghormati (jgn bercakap) waktu azan diperdengarkan
4) Membaca tasbih
5) Memperbanyakkan sedekah
6) Sentiasa berzikir menyebut Allah

Amalan yang perlu dijauhi:

1) Dusta
2) Khianat
3) Mengaku domba
4) Kencing berdiri

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari membuang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."

Wallahua'lam...

"Sekiranya ajal itu diperlihatkan kepadamu, pasti porak perandalah segala cita-cita"

..... yang mengingati mati

0 comments:

..:: MY LIVE ::..

Thoriqat Qodhiriyah IKHWAN Ahli BAI'AH 30
Simpang Tiga

..:: ABOUT TAZKIRAH ::..



Rahsia hidup kita

"DIRI" ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita,kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah.

Kenal kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.

Banyak lagi persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:

Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui

Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana

Dia lah sebaik baik Guru dalam kehidupan kita

Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian,

..:: AWARD FOR FRIEND ::..

..:: TAZKIRAH FOLLOWERS ::..

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP