Tuesday 16 September 2008

DNA: Pembangkang keluar dewan


KUALA LUMPUR 28 Ogos - Pembangkang gagal menubuhkan jawatankuasa pilihan untuk mengkaji semula Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 walaupun menggunakan pelbagai cara untuk memaksa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menerima saranan mereka itu. Keengganan Syed Hamid menerima desakan pembangkang itu menyebabkan mereka untuk kali ketiga bertindak keluar Dewan sejak Parlimen ke-12 bersidang pada Mei lalu.

Tindakan tersebut diambil ketika Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengemukakan rang undang-undang berkenaan untuk bacaan kali kedua.

Kejadian itu berlaku ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berada dalam Dewan Rakyat dan duduk bertentangan dengan Ketua Pembangkang yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua mereka yang tidak terlibat dalam pertelingkahan Ahli Parlimen itu hanya tersenyum dan tertawa kecil melihat gelagat ahli Dewan dan membiarkan sahaja keadaan tersebut.

Dalam reaksi spontan terhadap tindakan pembangkang keluar Dewan itu, Wan Junaidi sempat berlawak apabila memetik dialog filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan berkata: ''Dalam filem Masam-Masam Manis...aman kita."

Beliau kemudiannya mengemukakan rang undang-undang itu untuk bacaan kali kedua dan dipersetujui oleh semua ahli Dewan yang terdiri daripada penyokong kerajaan.

Wan Junaidi juga berkata, beliau berpegang pada persetujuan Menteri Dalam Negeri untuk menangguhkan perbahasan rang undang-undang tersebut selepas pembentangan Bajet 2009 selesai pada bulan Oktober ini.

JawatankuasaRang undang-undang itu akan dibahaskan di peringkat jawatankuasa pada Oktober ini sebelum diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Bajet 2009 akan dibentangkan esok dan Dewan ditangguh sehingga 13 Oktober kerana menghormati bulan Ramadan dan cuti Hari Raya Aidilfitri.

''Menteri akan menerima maklum balas daripada ahli Dewan selepas belanjawan itu, jadi kita kena patuh pada persetujuan menteri itu," katanya.

Tindakan pembangkang keluar dari Dewan itu merupakan kali ketiga selepas kali pertama ketika Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penjelasan terhadap usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Kali kedua mereka berbuat demikian ketika Pandikar Amin menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Rang Undang-Undang DNA itu antara lain melibatkan penubuhan Bank Data Forensik DNA, objektif dan fungsinya, pelantikan Ketua Bank Data DNA serta pengambilan sampel DNA daripada mereka yang berkenaan.

Sebelum itu berlaku pertelingkahan mulut antara wakil pembangkang dan kerajaan kerana pembangkang bertegas mahukan rang undang-undang tersebut dirujukkan ke jawatankuasa pilihan khas.

Menurut pembangkang, walaupun undang-undang itu penting, terdapat banyak kelemahan dalam peruntukannya dan perlu dikemas kini di peringkat jawatankuasa pilihan khas sebelum dikemukakan semula ke Dewan untuk dibahas serta diluluskan.

Terdahulu, Syed Hamid yang menggulung perbahasan rang undang-undang itu telah menjelaskan pelbagai perkara yang ditimbulkan oleh ahli Dewan termasuk objektif penubuhannya yang tiada kena mengena dengan tujuan politik.

Malah, katanya, beliau bersedia melepaskan jawatan sekiranya undang-undang itu bertujuan untuk mengenakan seseorang seperti yang didakwa oleh pembangkang.
Jelasnya, kerajaan telah memutuskan untuk menggubal undang-undang itu dalam mesyuarat jemaah menteri pada April 2001 lagi dan beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk tujuan itu.

''Draf awal telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada tahun 2005," jelasnya.
Menurut Syed Hamid, kerajaan mengambil masa selama tujuh tahun untuk membentangkan rang undang-undang itu kerana banyak aspek yang diberi perhatian dan diambil kira termasuk soal hak asasi manusia terutama dalam pengambilan sampel daripada mereka yang berkenaan.

0 comments:

..:: MY LIVE ::..

Thoriqat Qodhiriyah IKHWAN Ahli BAI'AH 30
Simpang Tiga

..:: ABOUT TAZKIRAH ::..



Rahsia hidup kita

"DIRI" ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita,kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah.

Kenal kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.

Banyak lagi persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:

Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui

Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana

Dia lah sebaik baik Guru dalam kehidupan kita

Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian,

..:: AWARD FOR FRIEND ::..

..:: TAZKIRAH FOLLOWERS ::..

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP