Tuesday 16 September 2008

Harga beras ST15 tidak turun - Mustapa

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Harga beras Super Tempatan 15 Peratus (ST15) tidak akan diturunkan memandangkan harga yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu antara RM1.65 hingga RM1.80 sekilogram menyebabkan pengilang- pengilang beras mengalami kerugian.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed (gambar) memberitahu, keadaan itu berlaku kerana pengilang- pengilang beras terpaksa membeli padi pada harga RM1,100 satu tan metrik seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.

''Kalau harga beras ST hendak diturunkan, harga padi yang dibeli oleh pengilang mestilah pada paras RM850 satu tan metrik tetapi kerajaan tidak dapat menurunkan harga padi kerana ia akan merugikan para petani," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ir. Hamim Samuri (BN-Ledang) yang ingin tahu sama ada harga beras ST15 akan diturunkan berikutan penurunan harga beras di pasaran antarabangsa pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mustapa memberitahu, harga beras ST15 hanya boleh diturunkan sekiranya harga beras di pasaran antarabangsa mencecah AS$350 satu tan metrik (RM1,120) tetapi pada masa ini harganya ialah AS$750 satu tan metrik (RM2,400).

Tambahnya, harga beras tersebut hanya turun antara AS$300 hingga AS$400 (RM960 hingga RM1280) berbanding harga beberapa bulan lepas iaitu AS$1,100 satu tan metrik (RM3,520).
Tegasnya, harga beras di pasaran dunia masih lagi tinggi jika dibandingkan dengan harga tahun lepas iaitu AS$350 satu tan metrik (RM1,120)

Menjawab soalan asal Fuziah Salleh (PKR- Kuantan) yang ingin tahu langkah-langkah kerajaan memastikan beras ST15 sentiasa ada di pasaran, Mustapa memberitahu, lima langkah telah dan sedang dilaksanakan.

Katanya, lima langkah tersebut ialah mengarahkan semua kilang Syarikat Padiberas Nasional (Bernas) mengeluarkan 100 peratus manakala kilang beras swasta diarah mengeluarkan 10 peratus beras ST15.

''Langkah lain ialah memberi subsidi bernilai RM406.2 juta untuk Bernas mengimport beras ST15, mempertingkatkan penguatkuasaan bagi memastikan beras tersebut tidak diseludup ke negara jiran dan pemberian subsidi bernilai RM423 juta kepada 130 pengilang untuk mengeluarkan beras ST15 untuk tempoh enam bulan bermula 1 September," katanya.

0 comments:

..:: MY LIVE ::..

Thoriqat Qodhiriyah IKHWAN Ahli BAI'AH 30
Simpang Tiga

..:: ABOUT TAZKIRAH ::..



Rahsia hidup kita

"DIRI" ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita,kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah.

Kenal kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.

Banyak lagi persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:

Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui

Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana

Dia lah sebaik baik Guru dalam kehidupan kita

Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian,

..:: AWARD FOR FRIEND ::..

..:: TAZKIRAH FOLLOWERS ::..

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP