Saturday 4 October 2008

Pengertian Iman

Iman adalah kepercayaan atau tasdiq yang kukuh melalui pengucapan lidah dan kepercayaan dalam hati terhadap Allah, kepercayaan kepada Rasul, kepercayaan kepada Malaikat, kepercayaan kepada Kitab-kitab, kepercayaan kepada Hari Akhirat dan kepercayaan kepada Qada' dan Qadar, baik dan buruk daripada Allah s.w.t.

Iman juga disebut sebagai akidah yang teguh terhadap semua ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang tidak boleh diubah atau dipisah-pisahkan daripada keyakinan seseorang itu.


Pengertian iman dan akidah seperti yang disebut di atas adalah berdasarkan kepada kenyataan berikut:


Firman Allah SWT:



Maksudnya:
“ Maka sesiapa yang tidak percayakan kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan ( tali agama) yang kukuh teguh, yang tidak akan terombak (putus). Dan (ingatlah) , Allah maha mendengar lagi Maha Mengetahui .” (Al Baqarah : 256)

Sabda Rasullah SAW:


Maksudnya:
“Iman ialah bahawa engkau beriman dengan Allah, kepada malaikat-Nya, kepada kitab-kitab-Nya,kepada Rasul-rasul-Nya, kepada Hari Qiamat dan hendaklah engkau beriman kepda Qadar yang baik dan buruk.” (Muslim dari Umar bin Al-Khattab)


Pengertian Iman bolehlah diambil kesimpulan bahawa:

Tiada dikategorikan seseorang itu sebagai telah beriman dalam erti kata beriman dengan sebenarnya jika dia tidak menerima secara bersungguh atau hanya mempercayai sebahagian dari rukun iman dan menolak sebahagian yang lain. Sesiapa yang menolak sebahagian atau meragui sebahagian dari rukun Iman bererti dia seolah-olah menolak keseluruhan rukun iman.

Firman Allah:



Maksudnya:
“Katakanlah (wahai Muhammad) :” Sesiapa yang memusuhi Jibril, maka sesungguhnya Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada dihadapannya (yang diturunkan sebelumnya) serta menjadi pertunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang beriman. Sesiapa yang memusuhi Allah (dengan mengingkari segala pertunjuk dan perintah-Nya) dan memusuhi malaikat-malaikat-Nya serta rasul-rasul-Nya,khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang yang ingkar.” (Al Baqarah : 97-98)

Iman dan aqidah bukan hanya sekadar percaya kepada rukun iman, tetapi iman dan akidah mesti lahir dalam bentuk amalan dan perbuatan.


Tidak timbul rasa keagungan, kekuasaan dan kebesaran Allah dalam jiwa seseorang itu kalau dia tidak mengenali sifat-sifat keagungan dan kebesaran serta kekuasaan Allah SWT.

0 comments:

..:: MY LIVE ::..

Thoriqat Qodhiriyah IKHWAN Ahli BAI'AH 30
Simpang Tiga

..:: ABOUT TAZKIRAH ::..



Rahsia hidup kita

"DIRI" ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita,kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah.

Kenal kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.

Banyak lagi persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:

Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui

Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana

Dia lah sebaik baik Guru dalam kehidupan kita

Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian,

..:: AWARD FOR FRIEND ::..

..:: TAZKIRAH FOLLOWERS ::..

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP